Tuesday, April 16, 2013

Keputusan Pet Scan

Emosi pesakit kanser ni pelik. Di luar mungkin tenang tapi di dalam. Sedang berperang dengan 1001 rasa.
Kalau ikut hati saya
  • I want to be like this or that
  • I want this I want that
  • I want to achieve this I want to achieve that
  • I want to be like her I want to be like him
Itu kalau sayalah. Mungkin sangat tinggi impian yang di pasang membuatkan saya tak pernah rasa susah dengan kanser dalam badan. Tapi, kadang kala sukar menguruskan emosi bila mana saya dilihat tidak bermaya, lemah kerana kanser. Come on..it just a cancer. Bukan pistol ynag diletak dikepala.yang akan ditarik picu bila bila masa. Ini bukan ego. Tapi ini adalah motivasi yang saya tanam dalam diri. Kalau rakyat Palastine hari hari dibedil peluru semakin kuat jihad mereka. Tapi berlainan dengan saya. Kalau hari hari diingatkan tentang kanser dan ketidakupayaan saya maka akan hilang semangat saya.  Sukar menguruskan emosi bila orang lain yang mengingatkan saya tentang kanser. Mungkin prihatin. Tapi kadangkala ia membuat saya rasa down. Terasa semangat tertanam di dalam tanah berkubur bersama roh. Hanya jasad yang bergerak. 

Tapi, andai ahli keluarga anda down kerana kanser so, the moral support is different. Anda yang harus hembuskan impian dan semangat itu supaya membara. 

Baiklah hari ini result pet scan dah keluar. Allah..luluh hati bila doktor kata masih ada sisa baki sel kanser dalam paru paru tu. Air mata yang ditahan luluh dibahu suami. Saya tahu dia sedih. Tapi dia cuba untuk kuat dihadapan saya. Dr. Goh Ai Sim mencadangkan kimoterapi ais untuk saya dalam tempoh 3 bulan dengan kekerapan sebulan sekali. Kejayaan saya adalah saiz ketumbuhan itu mengecil. Saiz limpa yang bengkak /spleen juga berkurang kepada 2cm dari 14cm.

Kes saya pernah dikatakan agak kompleks oleh Dr Lim Sui Min dari HSA Johor Bahru. Begitu jugalah kata Dr Goh di HPP ( orang lebih suka sebut GH). Hodgkin Lymphoma di paru paru. Hish. Akal budak teknologi persekitaran susah nak faham dan diterangkan untuk bacaan umum. 

Hari Rabu 17/4/2013 akan masuk wad di HPP selama 4-7 hari berrgantung keadaan badan saya menerima ubat kimoterapi. Nanti akan saya kongsikan pengalaman saya kimoterapi ais. Sebelum ini kimoterapi ABVD. 

Listencake akan dibekukan pengeluaran sehingga saya habis kimoterapi. Mungkin sehingga Ramadhan tahun ini. Insyirah akan dijaga oleh keluarga suami. 

Thursday, April 11, 2013

Jar..ooo..Jar

Tajuk tu comel kan? Haa...Insyirah panggil saya 'Aja...' kadang kadang panggil 'Jar...ooo jar'. Sekali sekala ja panggil 'Ibu'. Insyirah dah 1 tahun 10 bulan. Sekejap masa berlalu. Tapi kadang kadang je dia panggil saya Ibu.

Rasanya perkataan pertama Insyirah adalah Ayah. Ayah dia suka la tu. Bila saya sakit, Insyirah di jaga oleh mak saya. Jadi Insyirah boleh panggil adik istimewa saya. Siap marah lagi. Pagi pagi pergi depan pintu bilik air. "Taza... hiii hish". Comel je. Gambar? mana ada. tersimpan dalam memori kami je. Pernah satu hari Insyirah mengigau marah Mumtazah. Comel je...

Masa berlalu. Bila sesi kimo saya dah habis. Saya kembali ke Penang. Insyirah panggil saya kakak/aja/jar.. mula mula sedih dan rasa macam seorang ibu yang tak pandai ajar anak. Bila saya mengadu dengan suami dia cakap Insyirah kecil lagi. Perlahan lahan ajar dia. lagipun bukan sekejap saya tinggalkan dia. Waktu dia baru hendak pandai cakap saya keluar masuk wad. Pernah sebulan duduk di wad. Sesi kimoterapi dalam 6 bulan. Sepanjang sesi kimoterapi Insyirah lebih banyak dijaga oleh emak saya. Sebab saya lebih banyak baring.


Alhamdulillah, akhir akhir ini dah kurang dengar Insyirah panggil saya Aja. Lagi seronok sebab nampaknya dia sangat manja. Kalau nak tidur mesti kena ada saya. Yeay! satu kenikmatan. Kalau nak tidur dia akan cakap.
"Ibu, susu" lepas tu
"Ibu jom bum. Bilek"
kalau saya lambat dia terus merengek panggil ibu. Tengoklah muka dia tu. Geram kan. 


Owh..awak curi buah epal ibu eh?

Monday, April 8, 2013

Jelajah Perpustakaan Awam Di Jusco Bandar Perda

Tajuk macam tajuk lawatan Cik Kiah. Tak pun macam tajuk Jelajah DS Najib. Hehehe. Saya agak jakun sedikit dengan Library kat Jusco ni. Iyalah dari bujang sampai ke kahwin dan ada anak tak pernah masuk pun Library nih. Selalu lalu jeling jeling intai intai dari luar. Sebab Library ni di laluan untuk ke ruang solat. Kali pertama masuk pun sebab suami tak bawa kunci rumah pendua sebab keluarga mertua keluar tak bagi tahu. Masa tu hampir pukul 3. Kami belum Zohor. Suami tanya nak solat kat mana ni? Saya pun jawab kat Jusco sejuk sikit. Almaklumlah musim panas. Usai solat saya cadangkan kami rehat dalam library sebab penat dari pagi kami berjalan. Itulah kali pertama kami masuk dalam Library tu. Masa tu Insyirah nampak happy. Tak sempat ambil gambar. Masa tu handphone saya dan suami habis bateri.

Sejak tu saya memasang impian untuk kerap bawa Insyirah ke Library. Sebab dah lah percuma buku pun banyak nak pinjam pun boleh. Lagi Insyirah dapat ramai kawan. Salah satu cara ajar dia bersosial. Kami pun tak lah penat nak awaskan dia sebab tak lah besar pun Library kat Jusco ni.

Semalam kami pergi lagi. Kebetulan suami free. Tahulah musim Pilihanraya kan? Semua sibuk termasuklah suami. Jadi bila suami free sikit saya pun cepat cepat ajak dia keluar. Saya? Sibuk jaga Insyirah je. Nampaknya untuk tahun ini saya tidak terlibat secra rasmi untuk bekerja semasa pilihanraya sebab.. Tak boleh drive ( Sejak sakit kakai kebas. Tak rasa kalau pijak pedal). Suami hantar? Dia balik kerja terus keluar semula. Tak apalah moga apa yang saya share di FB sikit sebanyak dikira sebagai kempen.

Lepas tu saya ajak suami beli cheese untuk buat pizza. Hehehe akhir akhir ni suka sangat pizza pakai roti gardenia tu. Selama ni pakai keju keping keping tu. Kali ni ingtkan nak beli keju blok untuk diparut. Tetapi alkisahnya saya tersalah beli. Beli cheddar cheese. Sepatutnya beli mozarella cheese. Tapi tak kisah lah balik bakar macam biasa dan makan. Habis jugak. Huhuhu...

Tak apa nanti cheddar cheese tu boleh buat snow cheese cake yang saya teringin sangat nak makan.

Saturday, April 6, 2013

PILIHANRAYA. Saya pilih...

Akhirnya Pilihanraya ke 13 muncul juga. Mungkin peristiwa ini akan diingat dalam lipatan sejarah. Apa tidaknya satu Malaysia berteka teki tarikh pilihanraya sejak tahun 2012 hinggalah tahun 2013. Huh! Setahun tu. Akhirnya tup tup 3/4/2013 bubarlah parlimen Malaysia bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke 13.

Sesuatu yang menarik bagi pilihanraya kali ini adalah apabila adanya medium Facebook dan Twitter. Saya juga tidak terkecuali terlibat termasuk dalam golongan yang dikempen melalui medium Facebook.

Tapi, tak dinafikan juga ada sahabat dan rakan yang masih tidak mahu terlibat dalam isu politik. Mungkin ada yang berpendapat naiklah apa sahaja sama sahaja hasilnya. Mereka harus bekerja seperti biasa.Tapi saya berminat untuk berkongsi satu pandangan dari Dr Muhaya.



Macam saya, ini adalah kali pertama saya mahu mengundi. Maka saya juga mahu anda anda semua buat pilihan yang tepat. Undi Pakatan Rakyat. Amboi terbuka nampak. Iyalah kalau ada yang kata Barisan Nasional pilihan tepat saya mahulah katakan Pakatan Rakyat pilihan paling tepat.

Sepanjang di Pulau Pinang ni mungkin agaknya sayalah Melayu terkahir yang hidup bebas boleh berblog kerana Melayu yang lain dah dihapuskan oleh DAP. Sebab selalu sangat dengar "habislah Melayu Pulau Pinang Cina perintah". Tak payah mengarutlah. Banyak je Melayu kat Pulau Pinang nih. Alhamdulillah sihat sejahtera.

Antara sebab saya pilih Pakatan Rakyat kerana terlalu banyak Utusan kalah saman fitnah dengan Pakatan Rakyat. Kerana harga petrol makin naik. Kerana harga barang makin naik. Kerana saya asal Johor (BN), menetap sebentar di Selangor(PKR) dan sekarang di Pulau Pinang(DAP). Rasa dah perbezaannya duduk 3 negeri dengan lain lain pemerintahan.Nasib tak duduk Kelantan (PAS). Kalau tak saya tak nak pindah kot. Hehehehe. Banyak sebab lagilah. UMNO zalim. Menghabiskan duit rakyat. Lagi.. Pakatan nak TURUNKAN harga minyak. Pakatan nak TURUNKAN harga kereta. Pakatan nak bagi pendidikan PERCUMA. Lagi? rasanya cukuplah. BN tak nampak bayang lagi.

P/s: yang ini adalah tulisan paling terbuka saya untuk tahun ini.

Wednesday, April 3, 2013

Pengalaman Pet Scan

Alhamdulillah hari Selasa 2/4/2013 telah selamat Pet Scan. Errr sebenarnya tak rasa apa pun Pet Scan ni. Gempak je lebih.

Prosedur Pet Scan di jalankan di Jabatan Nuklear Hospital Pulau Pinang. Mula mula nurse akan timbang dan ukur tinggi kerana dos ubat radioaktif adalah mengikut berat dan tinggi kita. Proses seperti biasa tukar baju yang khas untuk Pet Scan dan masukkan branular. ermm tak ada apa apa yang pelik. sama aja. selepas tu nurse akan suruh kita rehat sementara mereka sediakan ubat radioaktif tu.

Sebelum ubat dimasukkan nurse suruh saya buang air kecil dulu. Selepas tu seorang pegawai perubatan datang dan masukkan ubat. Tak dapat nak ambil gambar masa nih. Hand phone dalam beg. Terlupa nak ambil gambar. Tapi, tak rasa sakit pun. Sungguh saya tak tipu. Mula mula ingatkan rasa sakit macam buat kimo ABVD tu. Sekejap sahaja prosedurnya. Rasanya prosedur ni lagi mudah dari CT Scan saya yang lepas. Pengalaman CT Scan akan saya tulis nanti.

Dah masuk ubat nurse suruh saya tidur. Tak tahulah berapa lama tidur. Dalam 30 minit kot. Huhuhu. Dah tidur dia suruh buang air kecil lagi. Lepas tu masuk bilik khas untuk Scan. Ala bilik yang ada terowong tu. yang selalu tengok kat tv macam menakutkan tu. Kita disuruh baring diam diam dan ditinggalkan dalam bilik tu sorang sorang. Sebab nanti akan akan ada infrared dituju pada badan.
Untuk prosedur ni kita dibolehkan bernafas seperti biasa. Tak macam CT Scan kita tarik nafas dan tahan dan lepas mengikut arahan. Cuma proses ini agak lama untuk orang yang agak tinggi macam saya. Dalam 30 minit. Lepas siap, kita perlu tunggu doktor nak tengok gambar cantik ke tak. Bukan tengok keputusan. Kalau tak cantik dan tak jelas, kena ulang prosedur Scan. (Alhamdulillah tak kena ulang).

Lepas dah siap, perlu tunggu dalam tempoh 5 hari berkerja untuk tahu keputusan. Macam kes saya 2minggu lagi baru tahu sebab saya mintak tengok keputusan sama sekali dengan temujanji doktor di Hematology Day Care.

Semoga keputusan nanti baik untuk saya. Semoga hilanglah sel kanser itu amin.

Owh lupa... Orang yang disuntik radioaktif dan buat Pet Scan tak boleh dekat dengan kanak kanak bawah 10 tahun dan orang mengandung kurang dari 1 meter dalam tempoh 24 jam. Oleh itu, saya pun tak balik rumah sebab nanti Insyirah mesti nak duduk dekat. Jadi sewalah bilik di Recsam. Nak balik boleh tapi duduk dalam bilik diam diam. Ish, Insyirah tu bukan faham lagi. Baik tak payah balik terus.

Doakanlah saya sihat ye. Aamin... \"_"/






Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...