Thursday, March 6, 2014

SHAKLEE: Omega Guard

Assalamualikum. Hi Semua. 


Hari ni, saya nak kongsikan satu produk yang saya mula jatuh cinta. Omega Guard Shaklee!! Ni Omga ni saya beli masa promosi tahun lepas. Saya mula bagi Insyirah bulan lepas. Tapi, tak setiap hari dan baru bagi beberapa biji sebab saya dah masuk wad. Saya ada cakap dengan suami, makanlah omega tu. Bagus untuk bakar lemak dan kolestrol.

Selepas saya keluar wad, saya perasan muka dia bersih dari sebelum ni. Siapa kenal suami saya taulah macam mana dia tu kan. Dia ada kata kawan-kawan dia tegur perubahan dia. Mula-mula saya rasa sebab dia pakai pencuci muka Nutriwhite saya, tapi dia baru pakai seminggu sebab Nutriwhite saya bawa ke wad. 

Balik, saya ambil botol Omega nak bagi Insyirah.  Aik? Dah tinggal suku. Tak ada orang lain yang makan ni. Sah dia. Owhhh dia makan rupanya. Dia dengar rupanya kita kata. Kehkehkeh.

Muka dia jadi bersih sikit sebab Omega ni kan fungsi dia Detox. Bila badan dah buang toksin-toksin dia, kulit akan lebih bersih. Percayalah! Dia tidaklah berubah menjadi putih macam orang puteh. Cuma muka dia lebih bersih. 

Jom kita tengok khasiat Omega Guard Shaklee.



Sumber: di sini

Haaa. nampak kelebihan Omega 3 kan? Now, kita tengok kelebihan Omega Guarad Shaklee

OMEGA GUARD SHAKLEE

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard
merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA


Mari kita lihat satu-satu kelebihan Omega Guard ni.
Ibu Hamil


  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil


 Ibu Menyusu


  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu
Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan


Mereka yang mengalami masalah berat badan


  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.


Sering dilanda masalah kesihatan


  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  •  Sakit Stroke
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Shaklee Independent Distributor

Siti Hajjar Hassan

ID : 1090868

Email:hajjar07@gmail.com

Tel/sms/WhatsApp :0182349882



















No comments:

Post a Comment

Disqus for Love Insyirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...